Poligami : Tuntut suami berlaku adil

Poligami : Tuntut suami berlaku adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Tuntut suami berlaku adil

SOALAN
Bolehkah saya sebagai isteri seorang lelaki berpoligami menuntut giliran bermalam atau masa bersama keluarga supaya lebih adil?

Syah
Isteri poligami

Memuatkan artikel berkaitan…

Jawapan
Dibolehkan menuntut keadilan dalam pembahagian masa atau giliran antara isteri-isteri kerana sabit atas perkahwinan. Berbincanglah secara baik dengan suami puan.

Tolak jemputan kenduri

SOALAN
Adakah kita dibolehkan menolak jemputan kenduri seseorang yang kita waswas sumber pendapatannya?

Kasim
Bentong

Jawapan
Sekiranya terdapat keraguan di dalam sumber pendapatan dibolehkan untuk tidak hadir. Namun tolaklah dengan cara yang baik agar tidak timbul rasa kecil hati pihak yang menjemput.

Soal jamak dan qasar

SOALAN
Saya tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi selalu bekerja outstation ke Kluang, Johor iaitu kampung halaman saya. Adakah saya boleh qasar dan jamak solat atau salah satu sahaja, yang mana yang dibenarkan hukum bekerja luar negeri lebih dari tiga hari?

Anak jati
Johor

Jawapan
Sekiranya berlaku safar (musafir) lebih daripada dua marhalah dibolehkan jamak dan qasar kerana terdapat sebab yang membolehkan manakala jamak dibolehkan tiga hari tidak melibatkan hari sampai dan balik.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×