Pekat Group pajak tanah 190.2 hektar di Sungai Petani Kedah - Utusan Malaysia

Pekat Group pajak tanah 190.2 hektar di Sungai Petani Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekat Teknologi Sdn. Bhd. (PTSB), anak syarikat milik penuh Pekat Group Bhd memeterai perjanjian pajakan bersyarat bagi tanah seluas kira-kira 190.2 hektar di Sungai Petani, Kuala Muda, Kedah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Pekat Group berkata, perjanjian itu dimeterai PTSB dengan sebuah syarikat sebagai pemberi pajak pada 21 September 2026.

Katanya, tanah berkenaan terdiri daripada tiga bidang iaitu Geran 10854 Lot 8601, Geran 10855 Lot 8602 dan Geran 10535 Lot 8603.

“Tempoh pajakan adalah selama 24 tahun, tertakluk kepada pemenuhan syarat-syarat terdahulu yang ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

“Tempoh pajakan akan bermula pada tarikh permulaan yang akan ditentukan oleh PTSB melalui notis bertulis kepada pemberi pajak sebelum tarikh tanpa syarat iaitu tarikh apabila syarat terdahulu terakhir dipenuhi,” katanya.

Pekat Group berkata, tarikh permulaan itu hendaklah ditetapkan dalam tempoh lima bulan daripada tarikh notis berkenaan.

“Pajakan tersebut akan dilaksanakan mengikut terma dan syarat yang dipersetujui dalam perjanjian pajakan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×