KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mampu untuk membayar denda RM50 juta sebagai salah satu syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah.
Jumlah tersebut perlu dibayar terlebih dahulu sebelum Najib boleh menjalani baki hukuman penjara di rumahnya.
Peguam bela yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, bekas Ahli Parlimen Pekan itu tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melunaskan denda berkenaan kerana akaun bank beliau telah dibekukan.
Tambahnya, akaun bank Najib telah dibekukan termasuk akaun Affin Bank yang digunakan untuk menerima gaji semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Ahli Parlimen.
“Setakat hari ini, Najib sendiri tidak mampu membayarnya. Beliau tidak mampu membayar,” katanya semasa sidang akhbar di pekarangan Kompleks Mahkamah, di sini hari ini.-UTUSAN











