Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

Hannah Yeoh bercerai selepas 18 tahun berkahwin

HANNAH YEOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan suaminya, Ramachandran Muniandy, telah bercerai selepas 18 tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara itu disahkan menerusi laman sesawang rasmi beliau.

Kedua-dua pasangan tersebut sebelum ini mendirikan rumah tangga pada Januari 2008.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Shay, yang dilahirkan pada 2011 dan Kayleigh pada 2013.

Kedua-dua yang masing-masing berusia 47 tahun tahun ini, dilaporkan pertama kali bertemu di sebuah gereja sebelum kedua-duanya menyertai DAP pada 2007.

Hannah yang merupakan Ahli Parlimen Segambut pertama kali memenangi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum 2018.

Beliau kini turut memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Naib Pengerusi DAP serta anggota Jawatankuasa DAP Wanita. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini