KUALA LUMPUR: Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa menyifatkan isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad, Tun Dr. Hasmah Mohamad Ali sebagai wanita yang banyak berjasa kepada negara.
Neelofa atau Noor Neelofa Mohd. Noor dalam Instagram maklumkan Malaysia kehilangan tokoh wanita yang disegani dan dihormati.
“Saya membesar dengan menjadikan Hasmah sebagai inspirasi, mengingatkan bahawa wanita, dalam berpewatakan lembut, boleh berpendidikan, berjaya dan berpendirian.
“Beliau adalah seorang doktor, isteri, ibu dan wanita yang lembut yang berjasa kepada negara dengan perwatakannya yang lembut dan terhormat.
Tak perlu terlalu lantang untuk menjadi kuat. Tak perlu berada di hadapan untuk memberi impak.
“ Sebuah legasi tentang kekuatan, kelembutan dan sumbangan yang ditinggalkan. Al- Fatihah,” katanya.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara pada usia 100 tahun.











