Bekas menteri pula ditahan SPRM berkait RCI Tabung Haji

Bekas menteri pula ditahan SPRM berkait RCI Tabung Haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siastaan berhubung pendedahan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji.

Penahanan suspek berusia lingkungan 60-an itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd. Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

“Suspek akan direman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini