PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri hingga 1 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, negeri terbabit ialah seluruh Perlis, Kedah, Perak, Selangor dan Johor.
Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar manakala di Perak meliputi Kerian, Larut Matang, Selama, Manjung dan Bagan Datuk.
Amaran sama dikeluarkan bagi Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang di Selangor manakala di Johor melibatkan kawasan Pontian, Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi. – UTUSAN










