Wujudkan laluan khas gajah di Kalabakan

Wujudkan laluan khas gajah di Kalabakan

TANGKAP layar video memaparkan gajah yang memasuki kawasan rumah penduduk di Kalabakan, Sabah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Laluan khas hidupan liar wajar diwujudkan di kawasan Kalabakan bagi menangani masalah kehadiran gajah yang mengganggu penduduk serta pengusaha ladang.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, laluan khas itu penting bagi membolehkan gajah dan hidupan liar lain bergerak tanpa memasuki kawasan tanaman atau penempatan penduduk.

“Isu berkenaan bukan perkara kecil di Kalabakan, apabila gajah liar dilaporkan memasuki ladang serta merosakkan tanaman termasuk kelapa sawit yang menjadi sumber pendapatan penduduk.

“Isu gajah mungkin nampak remeh di tempat lain namun di Kalabakan sangat mengganggu kehidupan masyarakat apabila tanaman dan hasil mereka dimakan atau dimusnahkan haiwan berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, cadangan itu memerlukan kerjasama pemilik ladang serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mempunyai kawasan tanah luas yang boleh dijadikan sebahagian kawasan sebagai laluan hidupan liar

Katanya, pendekatan itu dapat mengurangkan keperluan operasi pemindahan gajah yang memerlukan kos tinggi.

“Kos memindahkan seekor gajah boleh mencecah RM20,000. Jika gajah tidak dapat ditangkap dengan segera dan operasi mengambil masa lebih lama, kosnya akan meningkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×