Pinda Akta Perkhidmatan Pos, perketat sektor kurier

Pinda Akta Perkhidmatan Pos, perketat sektor kurier

FAHMI Fadzil (tengah) merasmikan pelancaran Program Nasional Kesedaran Anti-Scam 2026 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di ibu negara, semalam. – UTUSAN/ M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang untuk meminda Akta Perkhidmatan Pos bagi memperkukuh kawal selia sektor kurier termasuk meningkatkan aspek keselamatan penghantaran susulan kebimbangan perkhidmatan itu disalahgunakan untuk kegiatan menyalahi undang-undang.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, perkara itu antara yang telah dibincangkan antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau berkata, sesi libat urus bersama syarikat-syarikat kurier juga telah diadakan sejak tahun lalu bagi mendapatkan kerjasama industri dalam memastikan perkhidmatan ber­­­kenaan tidak disalahgunakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Memang ini salah satu isu yang dibincangkan antara MCMC dengan pihak PDRM sebelum ini. Sejak tahun lalu, sesi libat urus bersama syarikat-syarikat kurier telah diadakan.

“Kami meminta kerjasama syarikat-syarikat kurier untuk membantu memastikan sebarang produk yang dihantar tidak menimbulkan isu, sama ada daripada aspek keselamatan ataupun melanggar undang-undang.

“Pada masa yang sama, pi­hak MCMC dan Kementerian Komunikasi sedang meneliti Akta Perkhidmatan Pos untuk membuat beberapa pindaan, antara lain untuk pastikan sektor kurier terkandung dalam akta termasuk untuk men­jamin aspek keselamatan seperti yang diminta oleh pihak PDRM.

“Jadi pindaan itu akan dibuat mungkin dalam mesyua­rat per­tama ataupun paling lewat mesyuarat kedua sidang Parlimen tahun depan,” kata­nya di sini semalam.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan PDRM akan mengadakan perbincangan de­ngan MCMC dan Kementerian Pengangkutan bagi memperketat prosedur perkhidmatan kurier, penghantaran barang dan p-hailing.

Langkah itu sebahagian ­usaha pihak berkuasa membanteras kegiatan penyeludupan dadah dan barangan terlarang lain yang menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Hussein Omar Khan berkata, terdapat kelompongan dalam ekosistem perkhidmatan kurier dan p-hailing yang dieksploitasi sindiket untuk menghantar bahan terlarang, termasuk dadah.

Menurut beliau, sindiket ter­babit turut menggunakan identiti palsu atau identiti individu lain, selain alamat orang lain atau premis tertentu bagi mengaburi pihak berkuasa.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini