Pemandu maut selepas rempuh motosikal dipercayai terkena serangan jantung

Pemandu maut selepas rempuh motosikal dipercayai terkena serangan jantung

KEADAAN dua buah motosikal yang dirempuh oleh sebuah MPV yang dipandu seorang wanita di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang semalam.-GAMBAR/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Pemandu wanita yang meninggal dunia dalam satu kemalangan selepas merempuh dua buah motosikal di Jalan Macalister semalam dipercayai mengalami serangan jantung ketika kejadian itu berlaku.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, ketika kejadian juga, kedua-dua buah motosikal yang dirempuh diletakkan di tempat letak kenderaan iaitu di tepi sebuah restoran berhampiran lokasi kemalangan.

“Mangsa yang berusia 36 disahkan meninggal dunia ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP). Pemeriksaan awal mendapati, dia dipercayai mengalami serangan jantung ketika kejadian. Namun, punca sebenar kejadian hanya akan diketahui selepas proses bedah siasat selesai hari ini,” katanya di sini, malam tadi.

Abdul Rozak berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian, sebaliknya, menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.

Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi hampir dua minit dalam media sosial memaparkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas sebelum merempuh dua buah motosikal di hadapan sebuah restoran di Jalan Macalister di sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×