Pelajar ada masalah kewangan sila hubungi IPTA

Pelajar ada masalah kewangan sila hubungi IPTA

ZAMBRY ABD. KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar yang menerima tawaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berdepan masalah kewangan boleh mendapatkan bantuan dengan menghubungi pihak IPTA masing-masing atau Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pelajar yang berdepan kekangan berkenaan perlu mengutamakan proses pendaftaran dan meneruskan pengajian meskipun berdepan masalah kewangan.

“Kepada yang mendapat tawaran kemasukan ke IPTA, jika ada sebarang masalah kewangan atau sebagainya, boleh terus berhubung dengan IPTA berkenaan atau KPT. Yang penting, anda masuk daftar dan sambung belajar,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. – UTUSAN

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN