‘Larian bujang terakhir’ Syed Saddiq curi perhatian

‘Larian bujang terakhir’ Syed Saddiq curi perhatian

SYED Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya memperbaharui rekod peribadinya dalam acara larian dengan catatan masa tiga jam 33 minit sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya memperbaharui rekod peribadinya dalam acara larian dengan catatan masa tiga jam 33 minit sempena sambutan Hari Kebangsaan.

Menerusi hantaran di Instagram, Syed Saddiq berkata, catatan itu kira-kira 23 minit lebih pantas berbanding rekod peribadinya sebelum ini.

Namun, perkara yang lebih mencuri perhatian apabila bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyifatkan acara berkenaan sebagai ‘larian bujang terakhirnya’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syed Saddiq turut berseloroh bahawa beliau selepas ini perlu mendapatkan ‘lesen’ daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah yang bakal menjadi isterinya.

“Larian bujang terakhir sebelum kena dapat lesen daripada bakal isteri.

“Catatan masa 3.33. Rekod peribadi diperbaharui kira-kira 23 minit,” katanya.

Syed Saddiq, 33, dan Bella, 31, sebelum ini mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober depan.

Majlis pernikahan pasangan itu dijadual berlangsung di Menara Merdeka Maybank iaitu bangunan kedua tertinggi di dunia.

Syed Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu, sekali gus mengesahkan hubungan mereka yang sebelum ini mendapat perhatian ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini