Laporan Felda diumumkan selepas siasatan lengkap

Laporan Felda diumumkan selepas siasatan lengkap

ANWAR Ibrahim (tengah) semasa berucap pada Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Felda 2026 hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kerajaan akan mendedahkan hasil laporan pasukan petugas khas berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kepada umum, sebaik sahaja dilengkapkan tidak lama lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, siasatan telah berjalan dan beliau masih menunggu ia dilengkapkan, sebelum diumumkan.

“Pasukan tugas khas itu telah bermula dan saya tunggu lengkap siasatan baru kita umumkan dalam masa singkat,” katanya ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Pengurusan Tertinggi dan Pengurus Felda 2026 di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, siasatan menjurus kepada aspek pengurusan bagi membolehkan tindakan segera memperbaiki sebarang kesilapan pengurusan dapat disegerakan.

“(Siasatan terhadap aspek) pengurusan, memperbaiki pengurusan. Tentunya mengenal pasti permasalahan lalu, tetapi yang penting ialah pengurusan kini dan langkah-langkah ke depan,” katanya.

Pada Julai lalu, Perdana Menteri memaklumkan, laporan pasukan petugas khas berkaitan Felda akan disiapkan dalam masa beberapa bulan lagi.

Beliau berjanji akan mengeluarkan laporan itu kepada umum sebaik sahaja ia disiapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini