Harus yakin doa dimakbulkan

Harus yakin doa dimakbulkan

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Harus yakin doa dimakbulkan

SOALAN
Saya pernah mendengar bagi memastikan doa mustajab atau diterima Allah SWT ada beberapa perkara atau syarat perlu kita penuhi. Saya ingin tahu masa bilakah kita digalakkan berdoa supaya dimakbulkan?

Kuraisyah
Kajang

Jawapan
Di antara syarat diterima doa adalah keikhlasan dalam memohon sesuatu yang baik kepada Allah SWT tidak mengira waktu. Pada masa sama, kita harus berkeyakinan bahawa Allah akan mengabulkan doa-doa tersebut. Dalam pada itu, antara penghalang kepada pengabulan doa adalah memutuskan silaturahim.

Fadhilat talkin untuk siapa?

SOALAN
Apakah fadhilat talkin? Adakah untuk si mati atau mereka yang hidup?

Fatimah
Alor Gajah

Jawapan
Antara fadhilat talkin adalah untuk memberi peringatan kepada mereka yang berada di sekeliling kubur untuk bermuhasabah diri serta insaf dan ia dianggap sunat dalam mazhab Syafie.

Restoran tiada sijil halal

SOALAN
Bagaimanakah kita hendak makan di sebuah restoran yang tidak memaparkan sijil halal? Bolehkah saya masuk restoran berkenaan?

Ingin penjelasan
Kodiang, Kedah

Jawapan
Sekiranya restoran itu tidak mempunyai sijil halal, pastikan tukang masaknya seorang Islam dan barang atau bahan-bahan untuk masakan semuanya diambil daripada produk Muslim.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×