Gajah gemparkan penduduk Manir ditangkap

Gajah gemparkan penduduk Manir ditangkap

GAJAH yang ditangkap di Kampung Banggol Peradong, Kuala Nerus, Terengganu dan ditambat sebelum operasi pemindahan dilaksanakan. - IHSAN PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Gajah sesat yang menggemparkan penduduk Kampung Pengkalan Gelugor, di Jeram Manir, di sini ditangkap Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, malam tadi.

Pengarahnya, Dennis Ten Choon Yung berkata, pihaknya menerima aduan mengenai kehadiran gajah berkenaan pada malam semalam sebelum seramai 12 anggota Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Terengganu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi tangkapan.

Katanya, kehadiran gajah berkenaan menimbulkan risiko keselamatan kepada penduduk dan orang awam selain menyebabkan kerosakan terhadap tanaman serta aset penduduk.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan mengambil kira faktor keselamatan penduduk kampung dan situasi semasa, kerja pembiusan dilakukan sebelum gajah berkenaan ditangkap di Kampung Banggol Peradong dan ditambat malam tadi.

“Ia adalah seekor gajah betina dengan ukuran tapak kaki kira-kira 16 inci,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemerhatian awal mendapati gajah liar berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sihat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini