Enggan ikut puak terus dilabel diva - Sarimah Ibrahim - Utusan Malaysia

Enggan ikut puak terus dilabel diva – Sarimah Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim, mengkritik sikap sesetengah warga industri seni yang mudah melabel artis sebagai ‘diva’ dan sukar bekerjasama hanya kerana pelakon berani mempertahankan hak mereka.

Kata Sarimah, 48, terdapat pihak yang hanya mahu bekerjasama dengan artis yang dianggap ‘mudah’ untuk diuruskan.

“Dalam industri ini, ada yang mengatakan mereka tidak mahu bekerja dengan sesetengah artis melainkan artis itu ‘mudah’ untuk bekerjasama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Malangnya, itu sering bermaksud sesiapa yang mempertahankan hak mereka dan tidak mengampu atau bermain permainan puak akan dilabel sebagai susah, diva atau berkira,” katanya di aplikasi Threads.

Bagaimanapun, Sarimah terbuka dengan keadaan ini dan menganggap sesiapa sahaja mempunyai pilihan untuk tidak bekerja dengan artis yang dianggap sukar.

Namun, kata pelakon Lelaki Itu, artis juga berhak memilih untuk tidak bekerjasama dengan individu yang boleh membawa suasana tidak sihat ke lokasi penggambaran.

“Ramai pelakon yang dihormati juga tidak mahu bekerja dengan individu yang bersikap kasar, tidak stabil dan melepaskan masalah peribadi mereka di set, didorong oleh kronisme yang meragukan.

“Jadi, semuanya adil dan baik,” katanya.

Perkongsian Sarimah mencuri perhatian ramai yang rata-rata bersetuju bahawa perkara tersebut memang terjadi dalam industri seni tanah air.

“Bagi sesetengah orang, senang bekerja bermaksud tidak mempersoalkan apa-apa dan hanya angguk kepala termasuk kena sidai banyak jam, tidak profesional di set dan bintang utama lupa ‘call time’,” tulis pengacara, Ceddy di ruangan komen.

“Terima kasih kerana bersuara,” tulis satu komen.

“Menjadi profesional bukan bermaksud diam dan tidak boleh bersetuju. Hormat patut datang dari kedua belah pihak. Tegakkan perkara yang betul,” tulis satu komen.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini