Anak susuan tiada hak dalam faraid

Anak susuan tiada hak dalam faraid

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Anak susuan tiada hak dalam faraid

SOALAN
Bolehkah anak susuan diturunkan harta pusaka atau sekadar hibah sahaja?

Amil
Kodiang, Kedah

JAWAPAN
Anak susuan tiada hak dalam menuntut harta pusaka dalam bentuk faraid. Namun dia boleh menerima hibah dan wasiat.

Peluk Islam digalak tukar nama lebih baik

SOALAN
Jika seorang bukan Islam ingin memeluk Islam dan mahu tukar nama, apa nasihat yang kita boleh berikan?

Firdaus
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Seseorang yang ingin masuk Islam dengan kesedaran amat baik menukar nama kepada yang lebih baik dan positif.

Bersihkan najis hukmi dengan air mutlak

SOALAN
Macam mana caranya kita hendak bersihkan najis yang tidak kelihatan? Bagaimana pula kita hendak tahu najis tersebut telah dibersihkan mengikut syariat Islam?

Ingin tahu
Raub, Pahang

JAWAPAN
Najis yang tidak kelihatan dinamakan najis hukmi. Cara membersihkannya cukup menuangkan air mutlak ke atasnya sahaja kerana sifat-sifat sudah tidak ada.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×