AI perlu dimanfaatkan untuk pembelajaran al-Quran, Islam 

AI perlu dimanfaatkan untuk pembelajaran al-Quran, Islam 

ANWAR Ibrahim (dua dari kanan) mencium senaskhah al-Quran pada Majlis Pelancaran Tadabur Mushaf Malaysia Madani dan Perasmian Ma’idah Wanita Madani di Masjid Al Muhajirin Seberang Jaya, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia perlu memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarluaskan pembelajaran mengenai al-Quran dan Islam mengikut kaedah moden.

“Kita ada teknologi baru, kita ada AI. Tapi, takkan kita nak suruh AI ini orang lain yang belajar? Jadi, boleh tak kita manfaatkan (AI) untuk belajar Quran dan Islam?

“Dalam hal ini, AI mesti ada nilai. AI mesti (menjadi) teras kepada akhlak. Bukan AI (bertujuan) untuk mencungkil bakat dan kefahaman tanpa akhlak dan nilai semata-mata,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tadabur Mushaf Malaysia Madani dan Ma’Idah Wanita Madani Peringkat Nasional di Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia adalah antara negara yang komited dalam memperkenalkan pengajian al-Quran dan Islam di peringkat sekolah rendah ketika ini.

“Tetapi, apabila kita turun ke bawah (turun padang), nyata, ada anak-anak kita yang di sekolah rendah dan sekolah menengah, yang belum mampu membaca al-Quran, apatah lagi memahaminya.

“Tetapi, kita kata al-Quran itu adalah asas keyakinan kita dan ia diturunkan sebagai petunjuk kepada kita. Jadi bagaimana? Seperti contoh, kalau al-Quran itu sebenarnya tidak difahami, malah, dibaca pun ada kesukarannya.

“Dalam hal ini, saya ucap terima kasih kepada pentadbiran agama Islam Pulau Pinang yang membantu menyediakan rangkaian ini (kemudahan pembelajaran al-Quran secara digital). 

“Sebenarnya kalau kita lihat, ini (mengajar al-Quran) adalah tanggungjawab ibu bapa. Membaca asal Al-Quran itu ibu bapa (perlu bertanggungjawab). Tetapi, kadang-kadang, ada juga ibu bapa yang ada kesedaran tentang perkara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN