39 rakyat Malaysia selamat, laluan ke Kailash tidak terjejas

39 rakyat Malaysia selamat, laluan ke Kailash tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Rombongan rakyat Malaysia yang diketuai pendaki Everest Malaysia, Datuk N. Mohanadas disahkan selamat di Tibet selepas kawasan yang mereka lalui tidak terjejas akibat banjir di sempadan Nepal-Tibet.

Mohanadas berkata, rombongan berkenaan membabitkan 56 orang terdiri daripada 39 rakyat Malaysia, empat rakyat Singapura dan tiga rakyat Kanada.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, mereka bersyukur kerana laluan perjalanan yang mereka lalui tidak terjejas.

“Kami menyedari mengenai hujan lebat secara tiba-tiba, kepala air dan korban jiwa di sempadan Nepal-Tibet. Syukur, kumpulan kami dan laluan yang dilalui tidak terjejas dan kami meneruskan perjalanan dengan selamat.

“Kami sudah memulakan hari pertama daripada tiga hari perjalanan ke Gunung Kailash untuk melaksanakan upacara Kailash Kora, iaitu perjalanan mengelilingi gunung tersebut,” katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, seramai 55 orang warganegara Malaysia yang dilaporkan kepada Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu masih belum dapat dihubungi susulan banjir besar yang berlaku di Daerah Rasuwa, Nepal, semalam.

Menurut Kementerian Luar, angka rakyat Malaysia itu adalah berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada ahli keluarga, agensi pelancongan dan sumber-sumber lain yang berkaitan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini