Video Penjara Taiping akan ditayang kepada Ahli Parlimen

Video Penjara Taiping akan ditayang kepada Ahli Parlimen

M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen diberi peluang menonton rakaman video kejadian di Penjara Taiping selepas kerajaan mempertimbangkan berbuat demikian dalam tempoh terdekat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi), M. Kulasegaran berkata, tindakan itu penting bagi membolehkan wakil rakyat mengetahui gambaran sebenar kejadian yang berlaku, selain memastikan langkah tegas dapat diambil terhadap pihak yang terlibat.

Beliau berkata, rakaman berkenaan bukan sekadar paparan biasa, sebaliknya menggambarkan kejadian sebenar yang berlaku dalam institusi penjara negara.

“Seperti kata pepatah, gambar menceritakan seribu perkataan. Saya berpandangan perkara ini perlu diberi keutamaan dan ini bukan filem Hong Kong, tetapi kejadian sebenar yang berlaku di negara kita.

“Tindakan tegas perlu diambil dalam perkara ini. Kita sebagai wakil rakyat seharusnya diberi peluang untuk melihat rakaman tersebut memandangkan beberapa jawatankuasa sudah pun menontonnya.

“Tiada lagi rahsia dalam perkara ini dan saya sendiri telah melihat video tersebut. Saya hairan kejadian tersebut dan saya harap satu keputusan mungkin oleh Kabinet dibuat dengan seberapa segera yang boleh supaya ia boleh ditayangkan.

“Kalau boleh, minggu hadapan supaya kita dapat tahu apa yang telah berlaku,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau juga, Suhakam juga perlu diberikan penghargaan kerana mempercepatkan proses siasatan sehingga rakaman berkenaan dapat diketahui, selain membawa kepada tindakan terhadap beberapa individu yang terbabit.

Dalam pada itu, Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) ketika mencelah berkata, beliau berharap keputusan dapat dibuat segera bagi membolehkan rakaman berkenaan ditonton semua Ahli Parlimen.

Beliau berkata, perkara itu penting supaya gambaran sebenar mengenai kejadian di Penjara Taiping dapat diketahui serta membuka ruang kepada usaha reformasi institusi penjara negara.

“Kita juga perlu berterima kasih kepada Suhakam kerana mempercepatkan proses siasatan sehingga video berkenaan dapat didedahkan. Hasil daripada siasatan itu juga, tindakan telah diambil terhadap beberapa individu yang terlibat,” katanya.

Beliau berharap satu formula menang-menang dapat dicapai bagi menyelesaikan isu berkenaan dalam tempoh terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN