UKM nafi dakwaan video nisbah pelajat antarabangsa berbanding pelajar tempatan 5: 1

UKM nafi dakwaan video nisbah pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan 5: 1

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BANGI : Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil maklum tentang penularan sebuah video di platform media sosial Facebook baru-baru ini yang mendakwa nisbah pelajar antarabangsa berbanding pelajar tempatan di UKM ialah 5:1 (lima pelajar antarabangsa bagi setiap satu pelajar tempatan).

UKM memandang serius dakwaan ini dan ingin menegaskan bahawa kenyataan yang dibuat dalam video tersebut adalah tidak benar sama sekali.

Menurut kenyataan universiti berkenaan, Data terkini Pusat Pengurusan Akademik dan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan & Profesional menunjukkan UKM mempunyai seramai 46,151 orang pelajar, dengan hanya 3,917 orang daripadanya merupakan pelajar prasiswazah antarabangsa.

Katanya, berdasarkan angka rasmi ini, pelajar prasiswazah antarabangsa hanya mewakili lapan peratus daripada keseluruhan populasi pelajar. Nisbah 5:1 yang didakwa tersasar jauh daripada fakta sebenar iaitusekitar 1:12.

“ UKM sentiasa berpegang kepada matlamat penubuhannya untuk memartabatkan pendidikan anak bangsa. Pengambilan pelajar antarabangsa tidak menjejaskan keutamaan universiti dalam menyediakan peluang pendidikan kepada pelajar tempatan,” ujarnya.

Pengambilan pelajar antarabangsa pula dilaksanakan secara terkawal, selari dengan seruan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam memacu agenda pengantarabangsaan pendidikan Negara.

Sehubungan itu, UKM menyeru orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi universiti dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan.

Universiti juga memandang serius penyebaran maklumat palsu atau mengelirukan yang boleh menjejaskan reputasi institusi, dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan
undang-undang terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau maklumat tidak benar.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN