[TIDAK RASMI] BN tinggalkan PN di DUN Maharani

[TIDAK RASMI] BN tinggalkan PN di DUN Maharani

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ashari Sarip mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dengan 5015 undi berbanding tiga pesaing lain.

Ashari meninggalkan calon daripada Perikatan Nasional (PN) Mohamad Anuar Hayan yang mendapat 2,876 undi, untuk mempertahankan kerusi itu.

Calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Taqiuddin Cheman mendapat 3,876 undi, sementara calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendapat 1,188 undi.

PN memenangi kerusi DUN Maharani pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2022 dengan mendapat majoriti 1,037 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN