JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN) mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenggaroh dengan memperoleh 17,102 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN) Muhamad Amerul yang memperoleh undi 3,564 undi setakat pukul 8.40 malam tadi.
Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 76.71 peratus undi manakala PN 15.99 peratus daripada keseluruhan 3, 564 undi yang telah dikira.
Selain itu calon Pakatan Harapan (PH) hanya menerima 1,629 undi. – UTUSAN








