JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dengan memperoleh 183 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Maszlee Malik (157 undi), Bersama, Nicholas Paul Vincent (11 undi), manakala Bebas, Wang Wee Siong dan Muda, Rashifa Aljunied masih belum memperoleh undi setakat pukul 7.13 malam tadi.
Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 52.14 peratus undi, diikuti PH dengan 44.73 peratus manakala Bersama meraih 3.13 peratus daripada keseluruhan 351 undi yang telah dikira.
DUN Puteri Wangsa menyaksikan pertembungan lima penjuru antara Teow Chia Ling (BN), Maszlee Malik (PH), Nicholas Paul Vincent (Bersama), Wang Wee Siong (Bebas) dan Rashifa Aljunied (Muda).
Seramai 128,723 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN








