[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Mahkota

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Mahkota

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mendahului dua pencabarnya di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Syed Hussien Syed Abdullah mendahului dengan 3,711 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Mohd Zuhan Mohd Zain yang memperoleh hanya 337 undi setakat 7.30 malam.

Manakala calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), Abd Hamid Ali pula memperoleh 70 undi setakat ini.

Syed Hussien sebelum ini dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN