LEDANG: Calon Barisan Nasional (BN), Sahrihan Jani mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir dengan memperoleh 276 undi berbanding calon Perikatan Nasional (PN), Suraya Sulaiman (41 undi) dan Pakatan Harapan (PH), Mohd Nor Mohd Yusof (15 undi) setakat pukul 7.09 malam tadi.
Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 83.13 peratus undi, diikuti PN dengan 12.35 peratus manakala PH meraih 4.52 peratus daripada keseluruhan 332 undi yang telah dikira.
DUN Gambir menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Sahrihan Jani (BN), Mohd Nor Mohd Yusof (PH) dan Suraya Sulaiman (PN).
Seramai 30,326 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN








