Terdapat 10,478 guru prasekolah sehingga 1 Julai lalu

Terdapat 10,478 guru prasekolah sehingga 1 Julai lalu

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 10,478 guru prasekolah direkodkan bersamaan dengan kadar pengisian 99.8 peratus daripada keperluan keseluruhan setakat 1 Julai lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, pengambilan guru tambahan turut dirancang secara berfasa dan sistematik, selaras dengan unjuran peningkatan enrolmen di setiap kawasan.

“Pembukaan kelas prasekolah baharu dilaksanakan secara terancang dan juga berperingkat berdasarkan keperluan sebenar sesuatu kawasan.

“Usaha ini merangkumi dua pendekatan utama iaitu kewujudan kelas prasekolah di institusi pendidikan sedia ada di bawah KPM serta pembukaan kelas baharu di kawasan yang masih mempunyai akses terhad kepada pendidikan prasekolah, khususnya di kawasan luar bandar dan berkeperluan tinggi.

“Setakat 31 Mei 2026, KPM telah mengoperasikan 10,491 kelas prasekolah di seluruh negara, memberi manfaat kepada 217,026 orang murid,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang meminta kementerian menyatakan kesiapsiagaan kementerian menampung peningkatan permohonan kemasukan prasekolah termasuk aspek bilik darjah, guru dan kemudahan pembelajaran.

Selain itu katanya lagi, penentuan lokasi pembukaan dan perluasan kelas tidak dibuat secara ad hoc tetapi berasaskan penilaian menyeluruh terhadap beberapa faktor kritikal.

“Iaitu bilangan kanak-kanak dalam lingkungan umur yang layak, permintaan setempat, kapasiti kemudahan sedia ada, jarak ke institusi pendidikan awal kanak-kanak berhampiran, kesesuaian prasarana serta unjuran enrolmen dan perkembangan kawasan,” katanya.

Mengulas lanjut, Kah Who berkata, pengambilan guru tambahan turut dirancang secara berfasa dan sistematik, selaras dengan unjuran peningkatan enrolmen di setiap kawasan.

“Bagi memastikan nisbah guru dan murid kekal optimum, bagi memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran prasekolah terus relevan, KPM turut memperkukuh program latihan pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan bagi guru prasekolah bagi memastikan mereka mempunyai kelayakan serta kompetensi yang selaras dengan standard pendidikan awal kanak-kanak,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN