Teliti cadangan Suhakam jana pendapatan tambahan - Utusan Malaysia

Teliti cadangan Suhakam jana pendapatan tambahan

M. KULASEGARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meneliti secara menyeluruh cadangan meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi membolehkan suruhanjaya itu menjana sumber pendapatan tambahan tidak bergantung kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran berkata, perkara itu akan dibuat dengan mengambil kira pematuhan kepada Prinsip-Prinsip Paris serta kesesuaiannya dengan mandat dan fungsi Suhakam.

“Selain peruntukan tahunan daripada Kerajaan Subseksyen 19 (3) Akta 597 memperuntukkan bahawa Suhakam boleh menerima sumbangan kewangan daripada mana-mana individu atau pertubuhan hanya untuk tujuan kesedaran dan menyediakan pendidikan berkaitan hak asasi manusia yang diluluskan oleh Suhakam.

“Bagaimanapun Akta 597 tidak memperuntukkan sembarang kuasa kepada Suhakam untuk mengenakan caj atau fi bagi pelaksanaan latihan hak asasi manusia tersebut bagi menampung kos pelaksanaannya.

“Kerajaan memahami keperluan serta tanggungjawab untuk memastikan Suhakam mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi melaksanakan mandat dan fungsinya secara berkesan.

“Oleh itu, cadangan pindaan akan diteriti secara menyeluruh dengan mengambil kira antara lain pemantauan kepada prinsip-prinsip Paris serta kesesuaian dengan mandat dan fungsi Suhakam,” katanya ketika sesi soal jawab dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) berhubung mempunyai rancangan meminda Akta Suhakam 1999 untuk membenarkan Suhakam menjana sumber pendapatan tambahan supaya ia tidak bergantung kepada peruntukan kewangan daripada kerajaan sahaja. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN