Tekong utamakan penumpang

Tekong utamakan penumpang

AHMAD Firdaus Mohmad Jalil menunjukkan gambar terakhir Ahmad Nasaruddin ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultan Mizan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus, Terengganu. - MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: “Saya diberitahu adik utamakan keselamatan penumpang dengan membantu mereka terlebih dahulu sebelum dia sendiri keletihan dan hilang tenaga.”

Demikian kata abang sulung kepada mangsa bot karam, Ahmad Firdaus Mohmad Jalil, 41, ketika menceritakan detik yang meragut nyawa adiknya, Ahmad Nasaruddin, 37, dalam kejadian ketika membawa peserta aktiviti mencandat sotong di perairan Kuala Nerus, kelmarin.

Ahmad Firdaus berkata, dia tidak menyangka kejadian kira-kira pukul 9 malam itu meragut nyawa adiknya kerana tiada sebarang perubahan ditunjukkan arwah sebelum keluar bekerja.

“Saya mendapat tahu mengenai kejadian kira-kira pukul 10 malam dan bergegas ke jeti Kampung Batin.

“Saya sempat melihat Allahyarham sebelum dibawa menaiki ambulans ke hospital. Saya diberitahu adik membantu semua penumpang terlebih dahulu sebelum dipercayai keletihan dan hilang tenaga.

“Saya sendiri juga meminati aktiviti mencandat sotong, jadi saya faham keadaan yang berlaku ketika bot terbalik. Dalam situasi kelam-kabut, memang sukar untuk berhubung,” katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di Jabatan Forensik, Hospital Sultan Mizan Zainal Abidin (HoSZA).

Ahmad Firdaus berkata, jenazah adiknya yang masih dan bujang bekerja sebagai juruelektrik dan melakukan kerja sambilan sebagai pembantu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Tok Beng selepas solat Zohor semalam.

Dalam kejadian itu, Ahmad Nasaruddin maut manakala tiga lagi cedera selepas bot yang membawa peserta aktiviti mencandat sotong karam di perairan sembilan batu nautika dari perairan Kuala Nerus.

Difahamkan, bot berkenaan dipercayai pecah pada bahagian badan sebelum dimasuki air dan karam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN