Suspek tikam pelajar sekolah di Banting ditahan

Suspek tikam pelajar sekolah di Banting ditahan

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar sekolah menengah di Banting dekat sini sehingga cedera telah ditahan hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kejadian yang berlaku antara pukul 9.30 pagi hingga 10.30 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di hospital.

“Setakat ini, saya mengesahkan kejadian tersebut berlaku hari ini. Mangsa merupakan seorang pelajar di sekolah berkenaan,” katanya.

Shazeli berkata, siasatan berhubung kejadian itu masih dijalankan dan berada dalam keadaan terkawal.

“Orang ramai khususnya ibu bapa diharap tidak panik kerana keadaan adalah terkawal dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan kekecohan di sebuah sekolah apabila seorang wanita berpakaian serba hitam sedang memegang sebilah pisau dan berlegar dalam kawasan sekolah berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN