‘Surat letak jawatan masih tergantung, kami menunggu’

‘Surat letak jawatan masih tergantung, kami menunggu’

AWANG SOLAHUDDIN HASHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim menyindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menggunakan pantun ketika mengemukakan soalan kepada menteri di Dewan Rakyat hari ini, beliau berkata pihaknya masih menantikan tindakan Kor Ming susulan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Buah salak di dalam kantung, kulitnya keras isinya kelat. Surat letak jawatan masih tergantung, kami menunggu dengan soalan nombor empat,” katanya.

Sebelum ini, Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP dilaporkan berkata beliau bersedia meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan besar dalam PRN Johor serta sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan, susulan perkembangan politik selepas pilihan raya negeri berkenaan.

Isu itu turut menjadi bahan kempen apabila beberapa pemimpin BN menggesa Nga menunaikan kenyataan tersebut selepas gabungan berkenaan mencatatkan keputusan memberangsangkan dalam PRN Johor.

Bagaimanapun, Kor Ming kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya sebelum ini bukan merujuk kepada kemenangan BN dalam PRN Johor, sebaliknya berkaitan keadaan sekiranya Najib dibebaskan daripada hukuman penjara.

Awang Solahuddin berkata, isu berkenaan wajar diberi perhatian kerana melibatkan soal pendirian dan tanggungjawab seorang pemimpin selepas membuat kenyataan terbuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN