Sultan Terengganu sihat, stabil

Sultan Terengganu sihat, stabil

SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berada dalam keadaan sihat dan stabil selepas menerima rawatan.

Pejabat Istana Terengganu dalam kenyataan yang dikongsi melalui Jabatan Penerangan Malaysia berkata, keadaan baginda adalah baik dan akan meneruskan rawatan susulan seperti dijadualkan oleh pasukan perubatan di luar negara.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa perkembangan tersebut dizahirkan bagi menjunjung titah Sultan Mizan.

“Alhamdulillah, dengan izin dan rahmat Allah SWT serta berkat doa seluruh rakyat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan kini berada dalam keadaan sihat walafiat,” menurut kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu, Sultan Mizan turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang sentiasa mendoakan kesihatan serta kesejahteraan baginda.

Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu turut mendoakan agar Allah SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik, memanjangkan usia serta mempermudahkan segala urusan baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN