SIMPANG RENGGAM: Proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula seawal pukul 7.30 pagi hari ini berlangsung dalam suasana tenang dengan keadaan cuaca baik di kebanyakan kawasan.
Tinjauan di beberapa kawasan mendapati aliran pengundi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, sementara anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas memastikan semua prosedur dan garis panduan dipatuhi.
Keadaan cuaca turut membantu melancarkan pergerakan pengundi, sekali gus menggalakkan lebih ramai keluar awal bagi menunaikan tanggungjawab memilih kerajaan negeri baharu.
Di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang Rengam, para pengundi dilihat hadir seawal pukul 7.30 pagi sebelum pusat mengundi dibuka termasuk melibatkan pengundi muda dan warga emas
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dijadualkan mengundi di sekolah tersebut sekitar pukul 8 pagi.
Sementara, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik pula di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tuan Poon. – UTUSAN










