Setiausaha, bendahari NGO seleweng RM5 juta bagi kepentingan peribadi didakwa minggu depan

Setiausaha, bendahari NGO seleweng RM5 juta bagi kepentingan peribadi didakwa minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang setiausaha dan seorang bendahari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng dana pertubuhan berjumlah kira-kira RM5 juta bagi kepentingan peribadi.

Kedua-dua suspek yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an ditahan kira-kira pukul 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

Menurut sumber, mereka dipercayai menerima, memiliki, mengubah, memindah, dan menggunakan wang hasil daripada aktiviti haram berkaitan wang pertubuhan di tempat mereka bekerja.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML), Datuk Norhaizam Muhammad ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

“Kedua-dua suspek akan dituduh pada 29 Julai ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN