Selebriti, pempengaruh juga manusia - Fazley Yaakob - Utusan Malaysia

Selebriti, pempengaruh juga manusia – Fazley Yaakob

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Fazley Yaakob, 48, menggesa masyarakat agar menghormati ruang peribadi setiap artis dan pempengaruh media sosial.

Katanya, golongan itu juga manusia biasa yang mempunyai ruang pirvasi yang perlu dihormati.

“Buat pengikut (media sosial) atau bukan, peminat mahu pun pembenci. Tolong fahami selebriti dan pempengaruh tetap manusia biasa.

“Kalian cubalah sehabis daya untuk hormati privasi mereka semua,” katanya di Thread.

Fazley dalam masa yang sama menggariskan beberapa peraturan yang wajar diikuti masyarakat apabila mengendalikan perkara itu.

Beliau turut menegah netizen memuat naik foto curi yang boleh menjadi fitnah dan salah faham.

“Jangan berkongsi maklumat-maklumat peribadi walaupun korang ada akses pada data-data ini dan Jangan buat video atau gambar kederdasan buata (AI) dengan maklumat yang tidak betul untuk tujuan ‘clickbait’.

“Cukup-cukuplah komen sekadar untuk ‘ragebait’ dan ada unsur- unsur membuli,” kongsinya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN