Saya terhutang budi kepada masyarakat - Zamani - Utusan Malaysia

Saya terhutang budi kepada masyarakat – Zamani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zamani mengakui terasa terhutang budi dengan kebaikan masyarakat yang membantu ketika dia mengalami kesulitan satu masa dulu.

Kerana itu, Zamani memutuskan untuk  tanpa gagal menyertai showcase amal Jiwa rasa Nizam Laksmana dan Kawan-Kawan 5.0 untuk membalas kebaikan masyarakat.

“Semasa saya mahu melakukan pembedahan dulu, Datuk Aznil Nawawi merupakan orang yang mengutip sumbangan agar pembedahan itu dapat dilakukan.

”Saya rasa amat terhutang budi. Salah satu cara untuk saya membalas semua itu adalah dengan menyertai showcase ini.

”Saya tak kenal siapa yang bakal menjadi penerima sumbangan,” katanya.

“Keadaan saya tidaklah seratus peratus sihat, tapi okey. Saya melakukan pembedahan Scoliosis namun tidak tipologi kerana tidak dibenarkan doktor.

“Apa pun kesihatan saya okey dan boleh menyanyi seperti biasa,” ujarnya.

Showcase amal Jiwa Rasa Nizam Laksmana dan Kawa-Kawan 5.0 bakal diadakan pada 3 Oktober ini bertempat di Noah Grand Ballroom, Melawati Kl. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN