KANGAR: Satu rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam sekarung guni di sebuah kebun berhadapan sebuah kilang beras di Kampung Behor Mali di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan rangka tersebut menerusi panggilan dibuat oleh pengadu sekitar pukul 10.20 pagi.
Katanya, pengadu memaklumkan menemukan satu bungkusan guni disyaki berisi rangka manusia yang telah reput sewaktu sedang menjalankan kerja-kerja meracun di kebunnya.
“Susulan daripada penemuan itu, siasatan lanjut sedang dijalankan dan barang kes juga akan dihantar ke unit forensik,” katanya.-UTUSAN










