Program saringan kesihatan ahli Parlimen diteruskan tahun keempat

Program saringan kesihatan ahli Parlimen diteruskan tahun keempat

TAN SRI JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Program pemeriksaan kesihatan ahli Parlimen diteruskan tahun ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) sekali gus memasuki tahun keempat pelaksanaannya sejak diperkenalkan pada 2023.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, program berkenaan bertujuan mengesan sebarang masalah kesihatan dalam kalangan ahli Parlimen bagi membolehkan langkah pencegahan dan rawatan segera diambil.

“Pemeriksaan kesihatan ini sangat membantu dalam mengesan sebarang isu berkaitan kesihatan oleh Yang Berhormat di peringkat awal dan seterusnya membolehkan langkah-langkah pencegahan serta proaktif melalui pengubahsuaian gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan atau intervensi perubatan awal yang bersesuaian dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum memulakan sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Johari turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli Parlimen yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan sepanjang pelaksanaan program tersebut sejak empat tahun lalu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua ahli Parlimen supaya memandang serius kepentingan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Semalam, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengalami masalah kesihatan ketika berada di Parlimen.

Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dalam kenyataan memaklumkan, insiden itu berlaku ketika beliau hadir bagi mengikuti sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (PMQT) serta dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Usul Laporan Tahunan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN