PRN Johor: Persiapan undi awal giat dijalankan

PRN Johor: Persiapan undi awal giat dijalankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berjalan lancar di Markas Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Kampung Pengkalan Rinting, di sini, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati petugas SPR membuat pelbagai persiapan termasuk menyusun atur saluran mengundi, memasang kelengkapan pilihan raya serta menjalankan semakan akhir di pusat mengundi sebagai persediaan menjelang hari pengundian awal yang dijadualkan berlangsung esok.

Bagi PRN Johor kali ini, seramai 12,710 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) layak mengundi sebagai pengundi awal.

Daripada jumlah itu, 12,067 akan menunaikan tanggungjawab secara fizikal di pusat-pusat mengundi yang ditetapkan, manakala 643 lagi merupakan pengundi pos.

Pengundian awal melibatkan anggota keselamatan merupakan antara proses penting dalam perjalanan PRN Johor ke-16 sebelum hari pengundian utama, sekali gus memastikan semua pengundi yang bertugas dapat melaksanakan hak demokrasi mereka mengikut prosedur yang ditetapkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN