PONTIAN: Seorang nenek, Mariam Nor, 93, teruja menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) Johor kali ke-16 di Sekolah Kebangsaan ( SK) Al-Alum di sini, pagi ini.
Dia diiringi anak menantunya, Hadinah Ali, 70, dan anaknya, Maznah Mohamad tiba pada pukul 9 pagi dengan menaiki kereta.
Lebih mesra disapa Nenek Yam, dia merasa gembira dan bersyukur kerana masih diberi peluang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRN Johor kali ini.
Katanya, setiap kali PRU diadakan , dia akan mengundi di SK Al-Ulum bersama arwah suaminya, namun kini ditemani menantu, Hadmah Ali, 70.
“Alhamdulillah Mak Cik dah selesai membuang undi dan berharap orang lain juga berbuat sama sebagai rakyat Johor,” katanya ketika ditemui disini, hari ini. – UTUSAN









