PH Melaka putus pendirian selepas mesyuarat khas esok

PH Melaka putus pendirian selepas mesyuarat khas esok

ADLY Zahari bercakap dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka hari ini. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan membuat keputusan muktamad berhubung pendirian gabungan itu terhadap kerajaan negeri selepas mengadakan mesyuarat khas esok.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, mesyuarat itu juga akan mengambil kira pandangan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menarik sokongan.

Ini selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026 yang membolehkan pelantikan tujuh ADUN dilantik.

Adly berkata, mesyuarat itu akan meneliti pandangan semua parti komponen, lima ADUN dan mengambil kira pandangan kepimpinan pusat.

“Esok PH Melaka akan berbincang dan selepas itu kita akan maklumkan keputusan yang dipersetujui.

“Kita mempunyai mekanisme dalam PH untuk menyelesaikan setiap isu secara muafakat. Esok PH Melaka akan berbincang, mengambil kira pandangan ADUN-ADUN, parti-parti komponen dan juga pandangan kepimpinan pusat termasuk Perdana Menteri sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya dalam sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Adly berkata, beliau masih menyokong pentadbiran Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh sementara PH Melaka membuat keputusan.

“Setakat hari ini kita masih menyokong kerajaan negeri. Apa-apa keputusan berkaitan lantikan politik dan kedudukan dalam kerajaan akan diputuskan selepas mesyuarat PH Melaka esok,” katanya.

Mengulas penolakan lima ADUN PH terhadap RUU Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026, Adly berkata, pendirian itu dibuat berasaskan tiga prinsip utama.

Katanya, faktor utama adalah jumlah maksimum tujuh ADUN lantikan yang terlalu besar kerana mewakili kira-kira 25 peratus daripada keseluruhan 28 kerusi DUN Melaka.

“Kalau dibandingkan dengan negeri lain seperti Johor, Pahang dan Sabah, jumlah lantikan mereka jauh lebih rendah. Bagi kita, tujuh ADUN lantikan adalah terlalu besar,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN