Penjawat awam terima rasuah RM4,500 bawa masuk bahan terlarang dalam penjara

Penjawat awam terima rasuah RM4,500 bawa masuk bahan terlarang dalam penjara

SUSPEK dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan untuk membawa masuk bahan terlarang bagi kegunaan banduan yang terlibat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang penjawat awam ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang kerana disyaki menerima rasuah sebagai balasan membawa masuk bahan terlarang ke dalam penjara bagi kegunaan banduan.

Penahanan lelaki yang berkhidmat di sebuah penjara di Bentong dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM4,500 daripada ahli keluarga beberapa banduan untuk membawa masuk bahan terlarang bagi kegunaan banduan yang terlibat.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati, wang rasuah itu dimasukan ke dalam akaun bank milik suspek antara Januari hingga Mac 2026.

“Susulan itu, perintab reman selama tiga hari sehingga 30 Julai ini dikeluarkan terhadap suspek berusia lingkungan 40-an oleh Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN