Penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Reaksi Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terhadap komen seorang netizen menyorot perhatian ramai.

Siti menjawab pertanyaan mengenai kesalahan bahasa yang terdapat pada ayat Bahasa Melayu  yang dikongsi netizen berkenaan.

“Ramai sudah jawab kan… kalau saya buat, jadi macam ini… Dato Seri Siti Nurhaliza ialah seorang penyanyi yang serba boleh dan sangat terkenal. Penggunaan Bahasa Melayu sepenuhnya,” jawabnya.

Terdahulu individu berkenaan yang berkongsi sepotong ayat Bahasa Melayu bertindak menguji penguasaan bahasa penyanyi itu mengenal pasti kesalahan pada ayat tersebut.

“Asalamualaikum ctdk, kesalahan bahasa kat sini apa, cuba jawab,” kongsinya.

Perkongsian penyanyi nombor satu negara itu mengundang pelbagai reaksi netizen.

“Kelas bahasa kita pagi ini, cerdas minda,” kata netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN