KUALA NERUS: Seorang pemuda hilang selepas keluar memanjat pokok petai di sebuah kebun di Bukit Gemuruh, Tepoh, di sini, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa berusia 44 tahun itu dilaporkan keluar dari rumah kira-kira pukul 10.30 pagi dan tidak pulang sehingga hari ini.
Katanya, motosikal Honda Wave milik mangsa ditemukan di kawasan kebun berkenaan dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan bersama agensi berkaitan serta penduduk setempat,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, kawasan kebun yang dianggarkan seluas kira-kira empat ekar itu turut dikenal pasti mempunyai risiko kehadiran serangga berbisa termasuk tebuan, sekali gus menyukarkan operasi pencarian. – UTUSAN










