Pastikan generasi kedua kekal di Felda - Utusan Malaysia

Pastikan generasi kedua kekal di Felda

FELDA Jengka 24 di Jerantut, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Cadangan mem­bina dua atau tiga rumah dalam satu lot di tanah ranca­ngan dapat memastikan generasi kedua terus menetap di Felda.

Ketua Peneroka Felda Kemahang 1, A’ripin Zakaria berkata, perkara itu amat dinantikan generasi kedua kerana ramai anak peneroka tidak lagi mampu membeli tanah berikutan harganya yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Katanya, langkah itu juga dapat membantu generasi kedua terus menetap di tanah rancangan tanpa perlu membeli lot baharu.

“Kami memang setuju kalau satu lot boleh dibina dua atau tiga rumah. Anak-anak penero­ka yang bergaji kecil memang tidak mampu membeli tanah sekarang.

“Kalau dibenarkan membina rumah di belakang rumah pene­roka, ia sangat dialu-alukan. Malah sekarang pun sudah ada yang membina dua atau tiga rumah dalam satu lot,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, warga Felda akan menikmati tujuh insentif khas melibatkan peruntukan hampir RM2 bilion termasuk geran penghapusan hutang peneroka, pembinaan perumahan generasi kedua, pendidikan, kesihatan dan literasi digital.

Ini sempena Sambutan Hari Peneroka 2026 dan 70 Tahun Felda.

Mengulas penghapusan hutang peneroka yang diumumkan kerajaan, A’ripin berkata, ia memberi kelegaan kepada pene­roka kerana melibatkan jumlah yang besar mengikut kelayakan masing-masing.

“Kita harap apa yang diumumkan kerajaan benar-benar dilaksanakan. Jangan sekadar diumumkan tetapi pelaksana­annya tidak sampai kepada pene­roka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN