NUSPM, Meritus jalin kerjasama perkukuh sektor maritim

NUSPM, Meritus jalin kerjasama perkukuh sektor maritim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kesatuan Kebang­saan Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM) dan Meritus University & Colleges menjalin kerjasama strategik bagi memperkukuh pembangunan modal insan dan meningkatkan peluang pendidikan dan latihan profesional dalam industri maritim negara.

Setiausaha NUSPM Ikmal Azam Thanaraj Abdullah dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu memberi tumpuan kepada penyediaan laluan pendidikan lebih fleksibel kepada pekerja dalam bidang perkapalan menerusi program pascasiswazah di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD).

“Kerjasama strategik ini membuka lebih banyak peluang kepada ahli NUSPM untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi melalui kaedah pembelajaran yang fleksibel, tanpa menjejaskan komitmen kerjaya dan tanggungjawab profesional mereka.

“NUSPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Pengarah Laut Malaysia, Datuk Dickson Dollah, atas sokongan dan peranan beliau dalam merealisasikan kerjasama ini. Komitmen beliau terhadap pembangunan modal insan maritim negara telah membantu membuka ruang yang lebih luas kepada pelaut Malaysia untuk meningkatkan kelayakan akademik dan profesional mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu Pengarah Eksekutif Kumpulan Halim Mazmin, Hisham Halim berkata, menerusi kerjasama tersebut pihaknya menawarkan Program Diploma Pengajian Nautika

“Ini merupakan satu langkah penting dalam memperkukuhkan pembangunan bakat maritim Malaysia serta meningkatkan kapasiti latihan pelaut tempatan. Melalui kerjasama ini, kami mahu menjadikan pendidikan lebih mudah diakses, lebih fleksibel dan lebih relevan kepada profesional maritim.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Laut Malaysia atas kepercayaan yang diberikan untuk menubuhkan sebuah Institut Latihan Maritim baharu serta menyokong usaha memiliki kapal latihan nasional khusus pertama negara, Lili Marleen.

Katanya, kapal latihan layar dan kapal penumpang itu mampu menempatkan sehingga 50 pelatih pada satu-satu masa bagi melengkapkan keperluan latihan amali masa berkhidmat di laut (sea time) untuk kelayakan Officer in Charge of a Navigational Watch (OICNW).

Kerjasama itu dimeterai menerusi majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang diharap menjadi asas kepada hubungan strategik jangka panjang dalam memperkukuh pembangunan bakat serta daya saing industri maritim Malaysia. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN