DUNGUN:Jenazah dua penunggang motosikal Yamaha RXZ yang maut dalam nahas di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) berhampiran Jabor, Kuantan, Pahang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Limbong, Paka di sini hari ini.
Jenazah Che Mohd. Sufian Che Ghani, 40, dan Muhammad Hafiz Al Hakim Mazlan, 33, dikebumikan berdekatan di tanah perkuburan tersebut kira-kira pukul 4.30 petang dengan dihadiri 300 ahli keluarga, saudara-mara dan penduduk.
Isteri Che Mohd. Sufian, Faridah Mat Asri, 39, da isteri, Muhammad Hafiz Al Hakim, Fatin Aqilah Mohd. Nasri, 31, kelihatan sebak sewaktu menyiram air mawar di pusara suami masing-masing.
Mereka merupakan antara empat penunggang motosikal Yahama RXZ yang maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di jalan berkenaan. – UTUSAN










