Mungkin badan saya macam budak-budak, orang ingat saya masih muda - Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Mungkin badan saya macam budak-budak, orang ingat saya masih muda – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak, Bell Ngasri, mendedahkan bahawa dia tidak mengamalkan sebarang jamu atau produk kesihatan untuk kekal awet muda walaupun sudah berusia 46 tahun.

Bell atau Nasrizal Ngasri, 46, berkata, faktor utama dia nampak muda hanyalah kerana saiz badannya yang kecil sejak dari dulu.

Menurutnya, dia mendedahkan pernah berasa risau dengan saiz badannya sewaktu awal pembabitan dalam bidang lakonan kerana bimbang sukar mendapat watak utama.

“Saya tidak ada buat apa-apa dan tidak amalkan makan jamu, pil, atau suplemen. Rawatan muka pun saya tidak pernah buat.

“Mungkin disebabkan badan saya kecil macam budak-budak, orang nampak saya muda. Dulu saya sibuk mahu tinggi sebab takut tidak boleh jadi hero, tapi sekarang saya bersyukur sahaja dengan badan macam ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas mengenai perjalanan kerjayanya, Bell memberitahu dia tidak pernah berasa tertekan dengan persepsi orang ramai mengenai saiz fizikal dan kerjayanya dalam dunia seni.

“Alhamdulillah, saya tidak pernah rasa tertekan. Adik-beradik saya ada yang memilih bertukar kerjaya dengan berniaga dan masuk bidang politik.

“Tapi saya memang ditetapkan berada dalam industri ini sampai sekarang. Saya bersyukur sebab masih diterima dan orang masih mahu tengok saya,” katanya.

Untuk rekod, Bell Ngasri yang mula berlakon sejak kanak-kanak sejak tahun 1980-an dan pernah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN