MTPN anjur CAN, platform perkongsian kerajaan dan rakan strategik

MTPN anjur CAN, platform perkongsian kerajaan dan rakan strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 140 syarikat dari seluruh negara berhimpun menerusi pelancaran program rasmi Connect And Network (CAN) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan, perniagaan dan pengguna dalam usaha membina ekosistem ekonomi lebih mampan.

Inisiatif anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) itu diperkenalkan sebagai platform ekosistem utama negara yang menghubungkan usahawan, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), syarikat korporat, agensi kerajaan, persatuan industri, pelabur serta pengguna menerusi kerjasama, padanan perniagaan dan perkongsian strategik.

Pengerusi CAN, Kit Yang Say Feng berkata, CAN diwujudkan sebagai platform strategik dan perkongsian antara kerajaan, perniagaan dan pengguna dalam satu ekosistem.

“Apabila kerajaan, perniagaan dan pengguna bekerjasama, kita dapat mewujudkan ekonomi lebih kukuh serta berdaya tahan yang memberi manfaat kepada negara secara keseluruhan.

“Justeru program CAN ditubuhkan dengan misi jelas untuk menjadi platform strategik yang menghubungkan kerajaan, perniagaan dan pengguna dalam satu ekosistem. Usahawan hari ini memerlukan lebih daripada jaringan perniagaan; mereka memerlukan akses terus kepada agensi kerajaan, sumber strategik, pakar industri dan rakan kongsi yang dipercayai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Penyertaan 140 syarikat pada pelancaran sulung CAN menunjukkan permintaan terhadap sebuah platform dipercayai yang membolehkan sektor perniagaan berhubung secara langsung dengan agensi kerajaan, mendapatkan sumber strategik, meneroka peluang kerjasama serta membina peluang perniagaan jangka panjang.

Progam itu turut menyaksikan pembentangan utama daripada beberapa agensi kerajaan berkaitan dasar dan inisiatif yang menyokong pembangunan perniagaan serta pertumbuhan ekonomi negara.

Antaranya wakil Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang berkongsi mengenai Dasar Pengguna Negara 2.0 yang menekankan komitmen kerajaan dalam memperkukuh perlindungan pengguna, selain menggalakkan amalan perniagaan yang bertanggungjawab, inovatif dan mampan.

Di samping itu, Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memberi penerangan mengenai kepentingan perlindungan harta intelek (IP) termasuk tanda dagangan, paten, reka bentuk perindustrian dan inovasi sebagai aset penting yang mampu meningkatkan daya saing perniagaan.Berita Malaysia

Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) turut berkongsi peluang pembangunan francais serta memperkenalkan produk kewangan dan program sokongan perniagaan bagi membantu usahawan mengembangkan operasi masing-masing.

Dalam pada itu, menurut Yang Say Feng, CAN akan meneruskan penganjuran sesi jaringan strategik, program padanan perniagaan, inisiatif libat urus kerajaan, platform pengiktirafan pengguna serta aktiviti pembangunan korporat bagi memperkukuh kerjasama sektor awam dan swasta. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN