Malaysia-Thailand hampir selesai rundingan isu eksport udang

Malaysia-Thailand hampir selesai rundingan isu eksport udang

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan menjangka keputusan perbincangan antara Malaysia dan Thailand berhubung isu sekatan eksport udang dan pemeriksaan ketat terhadap eksport ikan siakap Malaysia ke Thailand akan diumumkan sebelum penghujung bulan ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pegawai Kementerian Pertanian Thailand telah mengadakan lawatan ke Malaysia bagi tujuan itu, manakala pihak kementerian juga akan menjalankan pemeriksaan susulan dalam masa terdekat.

“Apabila semua proses selesai, insya-Allah sebelum akhir bulan ini,” katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Global Pengeluaran Haiwan dan Industri Veterinar (GAVIS) 2026, di sini, hari ini.

Tegasnya, hasil yang bakal dicapai merupakan situasi menang-menang kepada kedua-dua buah negara.

“Ya, ia adalah situasi menang-menang untuk kedua-dua pihak. Perundingan ini dibuat oleh kedua-dua pihak, bukan hanya sebelah pihak,” katanya.

Sebelum ini, Mohamad berkata, kerajaan sedang berusaha mencari langkah menyelesaikan sekatan eksport udang Malaysia ke Thailand yang berlarutan sejak 2017 serta permohonan akses pasaran bagi produk ternakan negara ke Thailand yang tertunggak sejak 2024.

Beliau berkata, mesyuarat itu membincangkan mengenai sekatan import udang Thailand ke Malaysia yang berkuat kuasa mulai 1 Jun lepas serta pemeriksaan ketat terhadap eksport ikan siakap Malaysia ke negara berkenaan.

Selain itu, mesyuarat itu turut membincangkan permohonan akses pasaran produk ternakan ke Thailand yang masih tertunggak sejak 2024.

habis//

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN